NFTs           DeFi

Please follow and like us:

07:50 ET BitClout Tersenarai pada AscendEX dan Meneruskan Pertumbuhan Luar Biasa AscendEX, sebuah platform kewangan mata wang kripto global dengan rangkaian produk yang komprehensif berasa teruja untuk mengumumkan penyenaraian…

BitClout ialah pasaran berasaskan token untuk saham yang berada di bawah pengaruh dan reputasi seseorang (atau sesuatu). Sekiranya seseorang pempengaruh menjadi tular pada Instagram untuk sesuatu yang menyeronokkan, nilai token mereka akan meningkat. Sekiranya seseorang pempengaruh mengatakan sesuatu yang tidak wajar di Twitter, ia boleh menjejaskan nilai token mereka. Secara teori, setiap tindakan orang awam daripada sesiapa sahaja menjadikan harga token pencipta tertakluk kepada turun naik dan membolehkan ia didagangkan di pasaran.

"BitClout ialah suatu pembaharuan kepada 'status quo' mata wang kripto dan media sosial dan ia baru sahaja bermula," kata Shaun Maguire, rakan kongsi Sequoia yang juga seorang pelabur awal BitClout. "Kami teruja kerana mendapat sokongan AscendEx terhadap BitClout yang membolehkan dunia melakukan dagangan $CLOUT dan menyertai rangkaian sosial ini yang berbeza sepenuhnya."

"BitClout ialah tentang individu yang memperoleh pemilikan media yang mereka cipta," kata Andy Artz, rakan kongsi Social Capital. "Dengan menyampaikan protokol terbuka untuk rangkaian sosial yang tidak berpusat, BitClout merupakan pengagregatan syiling dan kod yang direka untuk mewujudkan pasaran sebenar yang pertama terbuka kepada idea idea. Melalui kerjasama dengan AscendEX, BitClout bukanlah satu-satunya yang mengalami pertumbuhan berterusan; malah para pencipta turut bersamanya."

"BitClout telah menarik sebuah ekosistem besar yang terdiri daripada lebih 120 buah projek pembangunan baharu dan seterusnya, syarikat-syarikat lain," kata Johnny Steindorff, rakan kongsi Distributed Global. "Sebagai sebuah rangkaian berfokuskan pencipta, sumber terbuka dan tidak berpusat, BitClout berpotensi untuk berkembang menjadi lapisan pertama rangkaian sosial WEB3 yang terkemuka."

Hari ini, siaran dihantar kepada platform media sosial tradisional milik sesebuah perbadanan dan bukannya milik pencipta yang menyiarkannya. Sebaliknya, BitClout ialah sebuah projek tidak berpusat dengan sumber terbuka sepenuhnya tanpa sebarang syarikat di belakangnya-- ia cuma token dan kod. Ini bermakna setiap pencipta mempunyai hubungan langsung dengan para pengikut mereka tanpa perantara yang memberikan kaedah baharu bagi menarik dan menjana pendapatan yang tidak berasaskan iklan. Seni bina BitClout ialah sama dengan Bitcoin kecuali ia boleh menyokong ciri-ciri tambahan dan data rangkaian sosial yang kompleks seperti siaran, profil, pengikut, ciri spekulasi dan banyak lagi dengan daya pemprosesan dan skala yang lebih tinggi.

Rantaian blok BitClout mempunyai mata wang kripto asalnya sendiri yang dikenali sebagai BitClout (CLOUT) yang membolehkan pengguna memanfaatkannya untuk melakukan pelbagai perkara pada platform termasuk membeli "syiling pencipta." Sesiapa sahaja boleh membeli mata wang kripto BitClout dengan Bitcoin dalam masa beberapa minit melalui mekanisme "atomic swap" tidak berpusat dan terbina dalam aplikasi yang tersedia pada halaman "Buy BitClout" (Beli BitClout). Bilangan token CLOUT dalam edaran dihadkan pada kira-kira 10.8 juta iaitu kira-kira separuh daripada jumlah Bitcoin yang sekali gus menjadikannya sukar didapati.

Arkitek dan pencipta utama BitClout yang menggunakan nama samaran @diamondhands, merupakan sebahagian daripada sekumpulan pembangun yang mencipta rantaian blok BitClout dengan tujuan untuk mengubahnya menjadi daya positif yang berterusan bagi manusia yang boleh membawa persaingan dan inovasi kembali kepada internet.

Pembiaya BitClout merangkumi senarai pemodal teroka Silicon Valley cip biru yang mengagumkan — Sequoia, Social Capital, Andreessen Horowitz, TQ Ventures, Distributed Global Temasek, Arrington Capital, Long Journey Ventures, Ideo, Alexis Ohanian — serta pelabur kripto berprofil tinggi iaitu Coinbase Ventures, Winklevoss Capital, Blockchange, Sybil Capital, Pantera, PolyChain dan Digital Currency Group.

Tentang AscendEX
AscendEX (dahulunya BitMax) ialah platform kewangan mata wang kripto global dengan rangkaian produk yang komprehensif termasuk dagangan spot, margin dan niaga hadapan, perkhidmatan dompet serta sokongan pegangan untuk lebih 150 projek rantaian blok seperti bitcoin, ether dan ripple. Dilancarkan pada tahun 2018, AscendEX memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan peruncitan dan institusi di seluruh dunia dengan platform perdagangan berkecairan tinggi dan penyelesaian jagaan yang selamat.

AscendEX telah muncul sebagai platform terkemuka berdasarkan pulangan pelaburan (ROI) dalam "tawaran awal pertukaran" dengan menyokong beberapa projek yang paling inovatif dalam industri daripada ekosistem DeFi seperti Thorchain, xDai Stake dan Serum.  Pengguna AscendEX menerima akses eksklusif bagi pengedaran percuma token dan kebolehan untuk membeli token pada peringkat yang paling awal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara AscendEX memanfaatkan amalan terbaik daripada kedua-dua Wall Street dan ekosistem mata wang kripto dalam memberikan altcoin terbaik kepada penggunanya, sila layari www.AscendEX.com.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari:
Laman web: https://ascendex.com
Twitter: https://twitter.com/AscendEX_Global
Telegram: https://t.me/AscendEXEnglish
Medium: https://medium.com/ascendex

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BitClout, sila layari:
Laman web: https://bitclout.com
Penerangan: https://docs.bitclout.com/
Visi: https://docs.bitclout.com/the-vision
Soalan Lazim: https://docs.bitclout.com/faq/bitclout-faq 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1573525/BitCloud_and_AscendEX.jpg

Related Links

ascendex.com

SOURCE AscendEX

Source
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS
Follow by Email