10:48 ET Ketua Perbankan Pelaburan Cohen & Company & Bekas Ketua Perbankan Pelaburan Internet Wells Fargo Bank, Encik Dan Nash Menyertai Lembaga Penasihat VIMworld

Pada hari ini, kami amat teruja untuk mengalu-alukan pengurus bank pelaburan berkewangan tinggi yang berprestij dan pelabur berpengalaman, Dan Nash menyertai lembaga penasihat VIMworld. 

Dan Nash – Guru Perniagaan, Kewangan dan Permainan  

Dan merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang perniagaan dan kewangan serta membawa kepakaran ini ke dalam barisan lembaga penasihat kami. Nash memperoleh MBA daripada Haas School of Business, UC Berkeley dan menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda Ekonomi daripada University of Pennsylvania. Dan mempertingkatkan lagi kelayakan profesional beliau dengan mengambil ijazah Kursus Am yang mengkhusus dalam Matematik di London School of Economics. 

Dan mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kewangan korporat dengan pengalaman perbankan pelaburan dan kewangan operasi selama lebih 20 tahun. Dan kini mengetuai Perbankan Pelaburan di Cohen & Company Capital Markets dengan mengetuai semua aspek Perbankan Pelaburan yang merangkumi penasihat penggabungan & pengambilalihan (M&A), pasaran modal swasta dan banyak lagi. Cohen dan ahli pasukannya menubuhkan francais penaja syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) terkemuka dan baru-baru ini telah diiktiraf oleh SPACInsider sebagai “Best Serial SPAC Issuer” tahun 2020. Urus niaga yang diumumkan baru-baru ini termasuk eToro, Payoneer dan banyak lagi. 

Dalam jawatan beliau sebelum ini, Dan merupakan Ketua Global Perbankan Pelaburan Internet di Wells Fargo Security yang memberi nasihat kepada syarikat teknologi terkemuka berkenaan IPO, pengambilalihan, penggabungan SPAC, penempatan swasta dan pembiayaan hutang. Dan telah membantu mengembangkan perniagaan perbankan pelaburan teknologi Wells Fargo dengan ketara dan menjadi bank utama dalam beberapa transaksi penting termasuk penjualan SPAC Cipher kepada Goodworks, IPO Carvana serta penjualan SPAC dan pelaburan swasta dalam ekuiti awam (PIPE) Shift. 

Berhubung penyertaannya ke VIMworld sebagai penasihat, Dan berkata: 

“Projek NFT Pintar generasi seterusnya oleh VIMworld mempunyai banyak potensi. Perniagaan perintis sedemikian mempunyai potensi yang unik untuk menjadi penghubung baharu antara dunia kewangan tradisional dan sektor rantaian blok yang baru muncul. Saya amat teruja dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan VIMworld dan tidak sabar untuk menyaksikan pencapaian hebat yang bakal dihasilkan oleh pasukan ini.”

Dan Nash – Permainan Mudah Alih dan Media Sosial Berwawasan 

Sebelum menyertai Wells Fargo, Dan merupakan Ketua Pegawai Kewangan di MZ iaitu sebuah syarikat permainan mudah alih global terkemuka dan beliau bertanggungjawab ke atas semua aspek operasi kewangan MZ. MZ mempunyai permainan mudah alih termasuk Final Fantasy XV, Mobile Strike dan Game of War di bawah jenama mereka yang bernilai lebih tiga bilion dolar. 

Sebelum menyertai MZ dan Wells Fargo, Nash memegang jawatan sebagai Pengarah Perbankan Pelaburan Internet di BofA Merrill Lynch. Beliau telah menjayakan beberapa transaksi berprofil tinggi termasuk IPO LinkedIn dan Facebook. Beliau juga telah memegang pelbagai jawatan perbankan pelaburan dan kewangan di BofA Merrill Lynch dan Intel Corp.

Berhubung penyertaan Dan, Ketua Pegawai Eksekutif Lila Xu berkata:

“VIMworld merupakan sebuah projek besar dengan matlamat tinggi untuk menggabungkan NFT rantaian blok, DeFi, koleksi fizikal, permainan sosial dan banyak lagi dalam sebuah ekosistem buat julung kali. Kami telah mengusahakan beberapa idea baharu inovatif yang menggabungkan konsep kewangan tinggi ke dalam ekosistem kami dan kekal menerajui pasaran dalam bidang ini. Dan merupakan pilihan yang tepat sebagai penasihat VIMworld. Ketokohan Dan dalam bidang kewangan tinggi dan industri hiburan adalah amat berharga kepada mana-mana syarikat atau syarikat permulaan dan kami berbesar hati atas penyertaan beliau ke dalam syarikat ini.”

Hala Tuju Masa Depan yang Maju 

Ketika VIMworld melihat ke arah masa depannya yang cerah, adalah bertepatan bagi kami untuk bekerjasama dengan nama-nama berprestij yang memiliki kepakaran dalam bidang perbankan, kewangan dan permainan untuk membantu mencapai visi kami. Sebagai sebuah platform koleksi NFT, permainan dan DeFi, Dan Nash mempunyai pengalaman yang amat luas bagi membantu membimbing dan membangunkan VIMworld menjadi jenama global bernilai berbilion dolar yang ingin kami bina. Kami amat berbangga melihat cadangan nilai platform kami meyakinkan mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam kewangan global. Kami tidak sabar untuk bekerjasama erat dengan Dan dalam memacu VIMworld ke arah penerimagunaan secara besar-besaran. 

Tentang VIMworld 

VIMworld ialah sebuah ekosistem token tidak sepiawai (NFT) revolusioner yang mencipta ruang agar keusahawanan dan permainan bergabung dan berkembang maju. VIM menjadi teras kepada VIMworld dan setiap satunya adalah unik dan kekal. VIM ialah NFT Pintar yang akan menyampaikan sistem pengesahan yang tidak boleh diubah dan membolehkan pemiliknya menyimpan serta membina nilai melalui permainan sambil membina hubungan yang bermakna dengan orang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang VIMworld, sila layari laman web kami di https://vimworld.com

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/1576418/VIMworld_Dan_Nash.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1575546/vimworld_Logo.jpg

Related Links

http://www.vimworld.com

SOURCE VIMworld

Source

Please follow and like us:

Related posts

Leave a Comment